Sabri temu Astro, mahu sambung ‘Pak Ya Cong Codei 2’

0
407

KUALA LUMPUR — Pak Ya Cong Codei, telefilem yang hangat diperkatakan baru-baru ini, akan ada sinambungannya.

Pengarah dan pelakon Sabri Yunus akan bertemu Astro 15 pada Februari ini bagi membincangkan perkara tersebut, lapor mStar Online.

“Insya-Allah kalau tiada halangan dan betul hal tujunya pasti akan ada Pok Ya Cong Codei 2,” katanya.

Tidak mahu terikat dengan kejayaan telefilem itu, Sabri, 57 tahun, tidak tertekan untuk menghasilkan sekual tersebut walau mengakui harapan penonton tinggi.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam jalan cerita sekual itu nanti dan saya tidak mahu berfikir tentang kejayaan diraih sebelum ini sebaliknya fokus dengan apa yang ingin saya ketengahkan,” katanya.

“Ia boleh jadi diterima baik atau sebaliknya dan perkara itu saya tidak dapat diramal cuma paling penting sebagai penulis, pengarah dan pelakon saya perlu berikan yang terbaik”.

Ditayang 20 Januari lalu, judul telefilem Cong Codei adalah dialek Kelantan yang merujuk kepada nama hotel di Kuala Lumpur iaitu Concorde.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here