Rumah penduduk Kampung Cacar Pantai musnah dipukul ombak besar (5 Gambar)

0
835

DUNGUN – Seramai 12 keluarga hidup dalam ketakutan setelah ombak besar yang melanda sejak semalam mengakibatkan hakisan teruk sehingga memusnahkan sebuah rumah dalam kejadian di di Kampung Cacar Pantai, Kuala Paka di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.00 malam itu mengakibatkan sebuah rumah kayu musnah sepenuhnya pada bahagian dapur akibat dipukul ombak besar.

Tinjauan di pesisir pantai tersebut mendapati benteng penahan yang dibina pada tahun lepas runtuh akibat dipukul ombak besar dan hakisan yang semakin mendekati kediaman penduduk di tepi pantai, lapor Kosmo.

Menurut seorang penduduk, Yusuf Abdullah, 42, keadaan ombak besar yang berlaku menyebabkan rumah pusaka yang di diaminya sejak 40 tahun lalu sebahagiannya musnah akibat dipukul ombak besar.

“Memang sedih bila tengok rumah yang kami duduk dari kecil dan kawasan sekitar yang pernah jadi tempat permainan sudah musnah, kalau nak dibaiki pun memang kami tidak mampu kerana saya sendiri kerja sebagai seorang nelayan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here