Rompak jiran sendiri, penjual kuih dipenjara 4 tahun

0
1839

KUALA TERENGGANU – Padah merompak jiran sendiri menggunakan racun serangga, seorang penjual kuih dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Nor Hasmidah Ismail, 25, dari Kampung Padang Midin mengaku bersalah atas pertuduhan merompak rantai leher dan loket milik warga emas yang juga jirannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak harta milik Fatimah Mohd, 70, iaitu seutas rantai leher emas berloket coklat di hadapan sebuah rumah di Kampung Gong Kiat, pada 6.30 pagi, 29 Ogos tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Othman Bakar dari Zamani Mohammad & Co.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan seorang wanita bertindak menyembur racun serangga sebelum melarikan rantai leher dan loket bernilai RM7,000 milik jirannya di Kampung Gong Kiat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here