RM200 untuk bayi lahir mulai 2018

0
300

DANA Tabungan Permulaan sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, berkata, skim itu yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50 dikenali sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang antara lain digunakan untuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, pusat itu bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini serta melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Peruntukan itu juga digunakan untuk mempertingkatkan modul komputer sains termasuk program koding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3. – hmetro

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here