‘RM30 juta untuk anjurkan dua hari program parti?’ – Pok Abu

0
2251

SATU program yang dibanggakan oleh sebuah parti islam dengan menyediakan begitu banyak dana sehingga mencecah RM30 juta untuk sesuatu program amat mendukacitakan kepada rakyat terutamanya di negeri Terengganu.

Menurut seorang yang mahu dikenali sebagai Pak Abu Merbau Patah, semalam beliau terbaca satu keratan aplikasi whatsapp dengan detail diberi penjelasan serta penerangan berkaitan perbelanjaan dianggarkan RM30 juta itu.

Katanya, dari penyediaan tapak program dan juga pengangkutan untuk menghimpunkan ahli parti yang mana konon mereka masih mempunyai kekuatan dalam arena politik dinegara ini.

“Kalau kita kira jumlah RM 30 juta itu dan dibahagikan  kepada harga sebuah rumah yang berjumlah RM 45 ribu nascaya dapat membantu rakyat yang miskin dan daif memiliki rumah dengan sejumlah *666* buah rumah.

“Itu kalau kita buat rumah untuk rakyat dan kalau dibaikpulih rumah pula yang berjumlah RM 20 ribu satu buah nescaya dapat membantu rakyat sebanyat *1332* orang rakyata atau rumah.

“Disini kita dapat melihat siapa yang sebenarnya cuba menipu rakyat dengan program yang tidak mendatangkan faedah dengan perbelanjaan sebegitu banyak dikeluar oleh sebuah parti islam demi dilihat mereka kuat dalam dalam politik hari ini”,katanya.

Selain itu, beliau turut menyeru rakyat dinegari ini supaya tidak mudah percaya dengan permainan kata-kata oleh parti tersebut kerana semuanya hanya dusta melainkan tujuan meraih kepentingan politik sahaja.

“Kalau betul-betul parti islam itu ingin membantu rakyat Terengganu khasnya ketika ini dengan isu perumahan maka duit yang dilaburkan itu sebanyak RM30 juta perlu diterjemahkan kepada rakyat menerusi perkara-perkara kebajikan kepada rakyat terutamanya dikawasan-kawasan yang mereka menang.

“Inilah yang dikatakan duit derma yang dikutup menerusi tabung-tabung, karung-karung guni kecil dengan rakyat kebanyakkan digunakan begitu rupa untuk program parti dengan hanya mahu dilihat kuat dimata rakyat’, katanya lagi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here