RM 12,000 Bantuan Banjir Hari Pertama di Pulau Pinang

0
267

Pulau Pinang – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri merangkap Pengerusi Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) menyampaikan batuan banjir kepada rakyat Permatang Pauh disini.

Rozi mewakili Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyerahkan cek bantuan RM 10,000 kepada Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato’ Mohd Zaidi Mohd Said.

Sehubungan dengan itu juga’ Rozi turut sampaikan bantuan bencana banjir kerajaan BN Terengganu sebanyak RM 2,000 kepada wakil Sekolah Menengah Agama Al-Ahmadi Al-ijtimaiah Jalan Padang Lalang,Bukit Mertajam Salmah Saad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Selain itu SSTTB telah berjaya melaksanakan misi dihari pertama di 5 tempat berasingan dengan kekuatan 200 orang sukarelawan.

Turut bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus Khairuddin Abd Majid, Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh Abu Bakar Sadekh dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu Armi Irzan Mohd.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here