Reman ibu bapa dera anak disambung tujuh hari

0
313

TELOK KEMANG – Tempoh reman sepasang suami isteri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah,9, sehingga mati pada 31 Januari lalu dilanjutkan selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah sambung reman dikeluarkan Majistret Siti Khariah Abdul Razak ke atas suspek yang juga bapa kandung dan ibu tiri mangsa selepas permohonan dikemukakan oleh pihak polis.

Terdahulu kedua-dua suspek berusia 36 dan 34 tahun itu telah direman tujuh hari bermula Jumaat lalu berakhir hari ini.

Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban selepas ditemukan tidak sedarkan di rumah mereka di Taman Vista Jaya Lukut di sini Khamis lalu.

Mangsa dipercayai didera selepas bedah siasat mendapati dia mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti buah pinggang putus, hati koyak, lebam dalaman pada usus serta tulang rusuk kiri dan kanan patah. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here