Remaja maut terkena renjatan elektrik dari kabel pengecas iPhone

0
427

VIETNAM – Seorang remaja perempuan dtemui mati, dipercayai terkena renjatan elektrik dari kabel pengecas telefon bimbit di rumahnya di Hoan Kiem, di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Le Thi Xoan, 14, dikatakan mengecas iPhone 6 miliknya selepas masuk ke bilik tidur.

Malangnya, tindakannya itu membawa padah apabila mangsa terkena renjatan elektrik.

Ahli keluarga yang menyedari kejadian itu segera menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi mangsa tidak sempat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

Menurut pihak polis, mereka mengesyaki mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik yang berpunca dari kabel pengecas telefon. Polis juga menemui kabel pengecas telefon yang mempunyai kesan terbakar di hujungnya.

Siasatan juga mendapati, kabel pengecas telefon itu juga mempunyai kesan koyakan kecil pada wayarnya yang dipercayai menjadi punca mangsa terkena renjatan elektrik.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan sama ada kabel yang digunakan oleh mangsa itu adalah kabel yang tulen dibeli dari Apple Store atau kabel tiruan. Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here