Remaja India cipta seluar dalam kalis rogol

0
3535

REMAJA perempuan warga India telah mereka cipta seluar dalam yang didakwa kalis rogol yang dilengkapi dengan kunci, amaran GPS untuk makluman polis dan video kamera untuk merakamkan muka penyerang.

Laporan The Daily Mail menyebut, Seenu Kumari yang dilahirkan dalam keluarga miskin di Farrukhabad, Uttar Pradesh membelanjakan kurang RM270 untuk membangunkan seluar dalam yang turut meletakkan butang kecemasan dan kunci.

Berwarna merah jambu, ia diharap mendapat pasaran meluas kerana turut memiliki kelebihan kalis peluru dan tidak boleh dipotong dengan pisau.

“Saya letakkan kunci pintar yang hanya boleh dibuka jika tahu kata laluannya, selain peranti elektronik yang dilengkapi GPS dan kemudahan untuk dihubungi.

“Jadi, apabila ada yang cuba mencabuli seseorang wanita, peranti itu akan menghantar mesej kepada ahli keluarganya dan juga polis.

“Susulan itu, pihak polis akan tiba di lokasi menggunakan GPS yang dipasang dan mematahkan cubaan merogol itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, seluar dalam itu tidak semestinya dipakai sepanjang masa, kecuali ketika melalu perjalanan sendirian dan ketika berada di lokasi yang dianggap tidak selamat.

Tambahnya, jika diserang, wanita yang memakai seluar dalam ini juga boleh menekan butang pada peranti yang akan menghubungi nombor kecemasan yang telah ditetapkan.

Menurut media Britain itu, prototaip seluar dalam itu juga telah dihantar ke Yayasan Innovasi Nasional di Allahabad untuk dipatenkan sebelum ia dipasarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here