Rebah Setelah Bertugas 7 Hari Tanpa Henti

0
279
10899838_592932790806967_94016902_n
Diceritakan oleh Nazman Che Iberahim
Jika boleh saya nobatkan, anak muda inilah anggota Jabatan Amal Kuala Krai yang paling istiqamah dan ikhlas dalam bertugas sepanjang bencana banjir ini melanda.
Bermula daripada 21hb Disember lagi, hari pertama banjir melanda, anak muda ini membantu mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap di Taman Orked, puluhan keluarga dibawa naik sampan dan dia menjadi kemudi dengan mengharung di air yang dalam, menarik sampan ini dengan berenang di hadapan sampan. Dari subuh hingga lepas azan maghrib, bertugas memindahkan rakyat yang terperangkap.
 
Rehat sejam hingga isya, kemudian rumahnya sendiri ditenggelami air malam tersebut, bergelut lah pula dengan air yang naik mendadak menyelamatkan nyawa keluarga orang tuanya.
Selang 3 hari kami membuka Bilik Operasi Bencana Banjir hingga lah ke saat ini, jam ini. Beliau bertugas 25jam sehari dan 8hari seminggu. Hingga ke hari ini sudah 8 hari bilik operasi ini dibuka, beliau bertugas tanpa rehat dan cuti sepanjang tempoh itu.
10277459_813075992092754_5103343593953769652_n
Namun, isya tadi, anak muda ini rebah kelesuan, keletihan dan demam panas. Sekarang di wad kecemasan Hospital Kuala Krai.
Terima kasih sahabat atas budi dan jasamu membantu rakyat selama bencana ini.
Allah swt shj yang mampu membalasnya.
Terima kasih Rhakim Rakmi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here