Puteri UMNO Hulu Terengganu Sumbang 50 Pasang Kasut Kepada 50 Pelajar Miskin

0
614

50 pelajar Sekolah dari Parlimen Hulu Terengganu menerima sumbangan kasut sekolah dan alat tulis percuma sempena program Back To School program anjuran Puteri UMNO Hulu Terengganu.
Menurut Ketua Pegerakkan Puteri UMNO Hulu Terengganu, Rozita Ismail, program ini ajuran Puteri dengan kerjasama Kedai Kasut You Kuala Berang.

Katanya, peserta yang menerima sumbangan ini terdiri dikalangan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan anak yatim.

” 50 peserta ini kita pilih dari empat DUN, iaitu Dun Manir, Kuala Berang, Ajil dan Telemong.

” Puteri Hulu juga banyak menerima sumbangan daripada orang ramai bagi membantu pelajar-pelajar ini mendapat keperluan persekolahan yang secukupnya,katanya ketika dihubungi penulis Terengganu Times hari ini.

#AkarUmbiPilihanPuteriHulu

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here