Pukul ibu dengan batang besi, lelaki dipenjara 7 tahun, 3 sebatan

0
365

“SAYA mahu berjumpa mak sebelum menjalani hukuman,” kata Mohd Rafi Ab Aziz, 25, selepas Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan menghentak ibunya menggunakan batang besi mesin rumput di FELDA Bukit Sagu 1 pada 4 Januari lalu.

Terdahulu, pemotong rumput yang masih bujang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Selepas prosiding tamat, tertuduh memaklumkan mahu menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum menjalani hukuman penjara dan menyesal dengan perbuatannya.

Dengan riak wajah sedih, Mohd Rafi berkata, dia mahu memohon maaf kepada ibunya atas tindakannya memukul wanita itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap ibunya berusia 64 tahun dengan menghentak bahagian kepala wanita itu menggunakan batang besi mesin rumput sehingga menerima tiga jahitan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika mengemukakan rayuan, tertuduh memohon hukumannya diringankan atas alasan mempunyai penyakit angin pasang dan terpaksa menanggung ibunya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here