PRU14 tahun depan – Zahid

0
311

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan tahun depan, menamatkan spekulasi ia akan diadakan tahun ini.

Ketika memberikan bayangan itu ketika merasmikan Persidangan ke-46 Perwakilan Nasional Gerakan di Menara PGRM di Kuala Lumpur, Ahmad Zahid mahu anggota parti itu mempersiapkan jentera pilihan raya mereka bagi menghadapi pilihan raya.

“Kita berusaha sebaik-baiknya dan saya yakin dalam PRU14 tahun hadapan, jika bekerja kuat, kita memperkasa jentera pilihan raya untuk memberi kemenangan kepada BN di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, walaupun tarikh masih belum diberikan, PRU14 akan diadakan dalam tempoh 180 hari akan datang dan setiap anggota parti perlu bersiap siaga menghadapinya.

“Sesiapa mengatakan pilihan raya akan diadakan melebihi 180 hari, mereka sudah sudah tidak lagi berhubung dengan realiti,” katanya.

Sebelum ini, pilihan raya diramal akhir tahun ini, namun pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan pada Mac atau April tahun depan, selepas Tahun Baharu Cina.

Pilihan raya yang ditunggu-tunggu itu perlu diadakan sebelum tempoh berakhir pada Ogos tahun depan, dengan tempoh masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Pada PRU13, Barisan Nasional memenangi 133 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang di bawah Pakatan Harapan, memenangi 89 kerusi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here