PRU14: Sokongan kaum India Terengganu terhadap BN naik mendadak

0
177
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India di Jabor petang tadi.

PRU14: Sokongan kaum India Terengganu terhadap BN naik mendadak

Barisan Nasional (BN) Terengganu menyuarakan keyakinan yang tinggi bahawa masyarat India di negeri ini akan terus menyokong kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sokongan secara mendadak itu menunjukkan rakyat sudah mula faham dan tidak terpengaruh dengan dakyah yg dibawa pihak pembangkang.

“Kita akui pada PRU yg lepas, sokongan mereka sedikit merosot kerana penyebaran berita-berita yang tidak benar mengenai kerajaan melalui media sosial tetapi dengan usaha keras semua pihak terutamanya daripada MIC, mereka mula faham dan kembali menyokong Barisan Nasional” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dana Khas Deepavali di dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, di sini hari ini.

Hadir sama, EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri YB Ir Rosli Othman merangkap Adun Kemasik, Adun Air Putih YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Pegawai Daerah Kemaman Zahati Md Azahar, Pengerusi MIC Negeri Terengganu Dr Dayal Krishnan dan Ketua MIC Bahagian Kemaman Siva Kumar.

Pada masa yang sama, Ahmad Razif yg juga Menteri Besar Terengganu berkata, pihaknya telah membuat beberapa strategi khas demi memastikan kemenangan BN dengan majoriti lebih besar.

“Kita yakin dengan strategi ini, BN bukan saja dapat mengekalkan kuasa malah menang dengan majoriti 2/3 pada PRU nanti,” katanya lagi. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here