PRU 14 : BN Terengganu akan perbaharui mandat rakyat

0
185

Imej yang berkaitanSemuanya telah siap siaga untuk berdepan pilihanraya umum 14 pada bila-bila masa sahaja.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian ketika ditemuramah pengarang akhbar Suara Transformasi pada keluaran ke 13 yang lalu.

Katanya, Barisan Nasional (BN) TĂ©rengganu sudah bersiap sedia di semua peringkat dengan persiapan yang rapi.

‘Kita telah membuat persiapan melalui pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Negeri Terengganu untuk memastikan semuanya telah siap siaga berdepan dengan PRU 14 pada bila-bila masa sahaja’

‘Walaupun pertama kali bagi saya, tetapi sebenarnya saya meneruskan kesinambungan yang lalu. Apatah lagi sebagaimana saya sebutkan tadi, dibantu oelh jentera-jentera yang kemas dan mantap di peringkat PDM, cawangan-cawangan di bawah teraju ketua-ketua bahagian masing-masing, mereka semualah yang menggerakkan dan berkerja untuk kemenangan’

‘Keyakinan kita berdasarkan rekod-rekod yang pernah dicapai oleh BN Terengganu dan sebagai contoh pada 2004 kita mampu meraih kemenangan yang besar 28 kerusi diikuti 2008 sebanyak 24 kerusi’

‘Namum kita yakin bahawa dengan prestasi perkhidmatan kepada rakyat, BN kembali meningkatkan kerusi dalam PRU14 dengan mengambil kembali 15 kerusi yang tewas dan mengekalkan 17 kerusi yang ada dalam BN sekarang’, ujarnya.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, berkaitan dengan ancaman pembangkang Terengganu, beliau menyatakan BN tiada masalah dengan gembar gembur pihak lawan.

‘… tetapi rakyat lebih tahu untuk menilai yang mana lebih baik sebab mereka pernah merasai perit dan pedihnya semasa pihak pembangkang mentadbir Terengganu beberapa ketika dulu’

‘ Rakyat Terengganu tidak pernah lupa itu semua, zaman kegelapan yang pernah merela alami dibawah pembangkang’

‘…. Insyaallah…. kita tidak pernah mungkir janji kepada rakyat, BN Terengganu tunai apa yang kita janjikan kepada rakyat dalam pilihanraya lalu dan hampir 90 peratus yang kita tawarkan kepada rakyat dalam manifesto yang lalu telah berjaya BN laksanakan’, ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Razif berkata lagi BN akan meneruskan yang terbaik kepada rakyat untuk kebajikan dan masa depan rakyat.

SUMBER : Akhbar Suara Transformasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here