PROGRAM MEMFAILKAN BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN BAGI TAHUN 2018 TELAH BERMULA

0
195

Prosedur untuk individu dalam penggajian atau mengisytiharkan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2017 telah mula dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sejak awal tahun ini.

LHDNM memaklumkan melalui kenyataan medianya bahawa prosedur Program Memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun 2018 di portal rasminya sebagai rujukan atau persediaan pembayar cukai untuk mengemukakan BNCP mereka tahun ini.

Orang ramai boleh mengakses prosedur tersebut dengan mengikut arahan mudah dengan melayari ke laman portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. Individu hanya perlu klik di Laman Utama > Muat Turun > Borang/Info > Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018.

Selain itu capaian terus berkenaan prosedur ini boleh juga diperolehi melalui capaian secara terus di pautan http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBNCP_2018_1.pdf.

Prosedur yang dimuat turun tersebut merupakan arahan/panduan jelas kepada orang ramai amnya dan pembayar cukai khususnya mengenai pemfailan BNCP.

Secara ringkasnya, bagi individu yang berpendapatan daripada penggajian, tarikh akhir untuk mengemukakan BNCP BE atau e-BE mengikut program ini pada atau sebelum 30 April 2018.

Manakala individu yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan dengan mengemukakan BNCP B atau e-B selewat-lewatnya pada 30 Jun 2018. Bentuk serahan kepada LHDNM boleh dilakukan sama ada melalui e-Filing, melalui pos atau secara serahan tangan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018 ini, sila layari Portal Rasmi LHDNM atau berhubung dengan Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here