Polis Terengganu siap sedia hadapi musim banjir

0
421
Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail

Polis Terengganu siap sedia hadapi musim banjir

Polis negeri Terengganu kini berada dalam sedia sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan musim banjir yang akan berlaku pada waktu terdekat.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata, untuk musim tengkujuh kali ini pihak polis menyediakan 1,063 anggota yang telah melalui lima siri latihan banjir di seluruh daerah negeri ini.

‘Polis Terengganu telah membuat persiapan dalam bentuk tenaga manusia, logistik dan latihan serta menyelaraskan dengan jabatan dan agensi lain yang terlibat untuk menghadapi situasi kejadian bencana banjir kelak’.

‘Kekuatan 1,063 orang pegawai dan anggota iaitu 40 peratus daripada kekuatan kontinjen negeri yang akan terlibat dalam operasi pasukan penyelamat, petugas di bilik gerakan dan pusat pemindahan banjir dan beberapa tugas lain.

‘Untuk hadapi banjir pasukan penyelamat Polis Terengganu telah mengadakan 5 siri latihan merangkumi pengendalian bot dan proses menyelamat mangsa banjir yang dijalankan secara teori dan praktikal di sungai-sungai seluruh daerah Terengganu’.

‘Sebanyak 47 bot, 42 enjin bot dan 27 buah treler pengangkut bot yang sedia digunakan termasuk bantuan PGA Batalion 9 dan Polis Marin’.

‘Anggota polis ditugaskan untuk memastikan keselamatan mangsa banjir untuk dipindahkan ke pusat pemindahan dan juga akan memantau dan membuat rondaan di kawasan yang dinaiki air untuk memastikan keselamatan harta benda dan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan selamat’.

‘Pusat pemindahan banjir seperti sekolah, dewan, balai raya dan lain yang disediakan oleh Jawatankuasa Banjir Peringkat Negeri telah mewartakan 494 buah pusat pemindahan di seluruh negeri Terengganu dengan jumlah kapasiti yang boleh menampung seramai 130,729 orang’ katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pagi tadi.

Sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Tambah Aizi, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan mengikut arahan yang dikeluarkan pasukan penyelamat dari masa ke semasa dan jika dinasihatkan untuk berpindah hendaklah mematuhi arahan tersebut sama ada melalui pejabat daerah, J3K atau agensi penyelamat yang lain.

Minggu lalu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah memaklumkan Monsun Timur Laut dijangka melanda negara ini bermula Isnin lepas dan akan berlarutan hingga Mac tahun depan.

Sepanjang musim itu, empat hingga lima episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada bulan ini dan bulan depan, manakala bulan depan, hujan lebat lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here