Piala AFC U23: Kapten Adam mohon maaf

0
482

PETALING JAYA – Kapten pasukan Piala Asia Bawah 23 Tahun negara, Adam Nor Azlin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pemain berusia 22 tahun kelahiran Selangor itu meluahkan perasaan terharu dan teruja kerana aksi rakan sepasukan walaupun tewas pada aksi suku akhir kejohanan tersebut, petang Sabtu.

Adam memuat naik video sebelum perlawanan dengan kata-kata semangat kepada rakan-rakan sepasukan di laman Instagram miliknya.

“Alhamdullilah syukur, ini adalah pencapaian paling tinggi dalam karier saya dan bangga dengan rakan sepasukan yang memberi segala apa yang mereka ada.

“Dan ini merupakan kenangan terindah untuk semua.

“Sorry Malaaysia sebab kami tersungkur di peringkat suku akhir.

“InshaAllah ada sinar dihujung jalan,” tulis Adam yang juga merupakan pemenang Pemain Muda Harapan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2017.

Luahan Adam yang itu turut menerima maklum balas daripada penyokong-penyokong bola sepak negara.

Rata-rata mereka menyokong dan memuji skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ini yang telah menunjukkan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung di China itu.

Sebagai rekod, skuad negara mara ke suku akhir Piala Asia B-23 Tahun ini buat kali pertama sekaligus melakar sejarah bola sepak tempatan selepas menewaskan Arab Saudi pada pusingan peringkat kumpulan.

Namun, tuah tidak memihak kepada skuad negara apabila terkandas di tangan naib juara 2016, Korea Selatan dengan keputusan tipis 2-1.

Baca: Piala AFC U23: Malaysia tewas bermaruah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here