Philippe Coutinho sah milik Barcelona dengan nilai RM770 juta

0
228

PEMAIN tengah Liverpool Philippe Coutinho sah menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan 146 juta pound Sterling (RM770 juta).

Yuran perpindahan Coutinho dari Anfield ke Nou Camp ini merupakan antara yuran perpindahan termahal pernah direkodkan.

The Reds dijangka menerima bayaran pendahuluan 105 juta pound Sterling (RM 570 juta), untuk pemain Brazil berusia 25 tahun ini, sekali gus melakar rekod baharu.

“Liverpool mengesahkan Philippe Coutinho akan meninggalkan kelab ini selepas perjanjian perpindahan dicapai dengan Barcelona, bergantung kepada terma-terma peribadi serta ujian kecergasan,” menurut Liverpool dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasminya.

Coutinho bakal memeterai kontrak lima tahun setengah dengan Barcelona.

“Barcelona dan Liverpool telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Philippe Coutinho,” jelas kelab Barcelona.

Coutinho sebelum ini berpindah dari Inter Milan ke Liverpool dengan tanda harga 8.5 juta pound Sterling (RM46 juta) pada Januari 2013.

Barcelona gagal dalam tiga bidaan mendapatkan Coutinho sebelum ini dengan tawaran tertinggi pernah ditawarkan adalah 113 juta pound Sterling (RM613 juta) pada musim panas lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here