Petani ubi kayu raih pendapatan berganda di musim tengkujuh

0
317

BESUT – Tak lengkap musim tengkujuh tanpa ubi kayu. Maka, tidak hairanlah petani ubi kayu meraih pendapatan berganda kerana permintaannya yang sangat tinggi.

Bagi Sapinah Omar, 52, beliau mampu mampu menjual setengah tan ubi kayu sehari hasil dari ladang ubi kayu seluas 3 hektar di Kampung Pengkalan Kubor, di sini.

Walaupun sudah lanjut usia, Sapinah masih gagah berbakti pada tanah.

Selain menanam ubi kayu madu, dia juga menanam pelbagai lagi jenis ubi. Antaranya, ubi kemili, ubi itik, ubi biru, ubi keladi, ubi badak, dan ubi gajah.

Sapinah menjadi petani dan peniaga pelbagai jenis ubi itu sejak 30 tahun lalu.

Wanita besi ini turut menyimpan hasrat untuk membuka kilang bagi menghasilkan tepung ubi pada masa akan datang.

Umum mengetahui, ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar dan dimakan bersama kelapa parut muda. Lebih menyelerakan jika dimakan bersama ikan masin, atau ikan bakar.

Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi.

Sementara itu seorang lagi petani ubi dikenali sebagai Che Soh yang turut membuka gerai jualan ubi berhadapan dengan gerai Sapinah berkata musim tengkujuh memberi seribu rahmat kepadanya kerana dapat menjana pendapatan yang lebih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here