Perbanyak kerjasama kerajaan negeri dengan Air Asia – MB Razif

0
506

Kerajaan negeri merancang mengadakan lebih banyak kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kolaberasi ini akan dibuat secara berterusan kerana ia berpotensi untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan negeri ini.

‘Kita akan buat kerjasama lebih jauh dengan Air Asia termasuk mungkin juga memasarkan nasi dagang dan keropok lekor kerana kedua-dua produk ini sudah dipasarkan di London dan setakat ini sudah 10,000 unit dihantar ke sana’.

‘Mungkin selepas ini lebih banyak kolaberasi dalam makanan, batik, dan sebagainya yang mungkin boleh dijual dalam Air Asia dan insyallah lebih kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang’.

‘Promosi ini termasuk iklan di tempat simpanan bagasi, ruang belakang kerusi penumpang dan info pelancongan Terengganu akan dimasukan dalam majalah penerbangan Air Asia’.

‘Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2 juta selama dua tahun bagi kempen promosi pelancongan ini di mana pesawat ini akan mempromosikan Terengganu dalam penerbangan ke negara-negara Asia’, katanya dalam Majlis menyambut ketibaan Penerbangan Berpaparan Beautiful Terengganu Air Asia (AK6226) di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus petang tadi.

Baca: Kapal terbang Air Asia Terengganu ke seluruh dunia

Hadir sama isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia, Datuk Abdul Aziz Abu Bakar dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia Noor Neelofa Mohd. Noor yang juga pelakon terkenal negara.

Sementara itu Datuk Abdul Aziz memberitahu sambutan penerbangan terus Air Asia dari Johor Bahru-Kuala Terengganu yang dilaksanakan pada tahun lalu telah mendapat sambutan yang menggalakan dan telah mencapai 19,000 pelancong luar Negara datang ke Terengganu. – Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here