Perangai macam ‘bewok’ – Netizen

0
1465
Basikal oBike yang digantung pada papan tanda berhenti di Night Market Kampung Tanjung Kuala Terengganu.

Tular gambar basikal oBike digantung pada papan tanda berhenti dalam kejadian yang berlaku di tempat letak kereta di Night Market Kampung Tanjung Kuala Terengganu hari ini.

Foto berkenaan pantas mendapat reaksi berbeza daripada pengguna media sosial (netizen) yang mengecam tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap kemudahan awam yang disediakan.

Malah ada netizen yang menyamakan tindakan itu seperti biawak kerana tidak tahu bersyukur dan tidak memanfaatkan kemudahan yang diberikan.

Tingkah laku yang dilakukan oleh segelintir ‘budak buas’ telah mencemarkan kempen Visit Beautiful Terengganu dan pihak berkuasa wajar mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kegiatan vandalism dapat dibendung.

Perkhidmatan Perkongsian Basikal Tanpa Stesen (oBike) peringkat negeri Terengganu telah dilancarkan pada 6 September lalu yang menyasarkan beberapa strategik terpilih di bandar utama negeri ini.

Basikal ini yang berasaskan perkhidmatan sewaan basikal berasaskan aplikasi telefon pintar yang ditawarkan dengan harga serendah RM1 untuk 15 minit dan bertujuan bagi memudahkan pergerakan orang awam dalam bandar.

Orang awam seharusnya bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan kerana ia mencerminkan sikap masyarakat itu sendiri dan tidak salah kita memberi contoh terladan yang baik kepada pengunjung luar yang datang kerana orang Terengganu terkenal dengan negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik.

Umum mengetahui kerajaan negeri banyak berusaha dalam meningkatkan potensi sektor pelancongan supaya Terengganu menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara setaraf dengan negeri lain dan rakyat perlu bersama-sama memberikan sokongan untuk menjayakanya. – Terengganu Times

Terengganu Molek Doh!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here