‘Penyokong PAS jangan melampau’ – Khairul

0
3747

Tindakan segelintir penyokong PAS yang memasang bendera parti tanpa kawalan sehingga ke kawasan larangan disifatkan sebagai melampau dan tidak tahu bersyukur.

Seorang pengguna Facebook, Khairul Sham berkata, kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menganjurkan program bukan satu tiket untuk melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Atas dasar sesama Islam dan kebebasan, PBT banyak memberi kelonggaran kepada setiap aktiviti mahupun program anjuran PAS.

“Sepatutnya kelonggaran yang diberikan perlu dihormati, bukan buat ikut suka,” katanya.

Khairul turut menasihati para penyokong PAS supaya meghargai kebebasan yang diberikan sebelum orang ramai menilai mereka sebagai tidak tahu bersyukur dan melampaui batas.

Sebelum ini pihak berkuasa tempatan telah bertindak mencabut bendera-bendera PAS yang dipasang di atas Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu sempena program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal, Kuala Nerus.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Pusat merangkap pengerusi program, Nasrudin Hasan akur dengan larangan pemasangan bendera parti di beberapa kawasan seperti jambatan, bulatan dan kawasan persimpangan lampu isyarat.

“Kita akur dengan larangan itu dan akan mengambil semula bendera berkenaan untuk dipasangkan di lokasi yang dibenarkan seperti sekitar jalan masuk Pantai Tok Jembal” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here