PENTINGNYA KEMASKINIKAN BORANG CUKAI

0
346

Kemaskini maklumat adalah amat penting jika individu terbabit berpindah ke kediaman baru atau terdapat pertukaran alamat surat menyurat. Ini bagi memudahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi menghantar dokumen penting kepada individu dengan tepat dan dalam masa yang cepat.

Salah satu alat komunikasi dalam perhubungan penting pada masa kini adalah dengan menggunakan telefon. Oleh itu nombor telefon individu pembayar cukai hendaklah sentiasa dikemaskini jika terdapat perubahan dalam nombor telefon terkini.

Kaedah audit cukai oleh LHDNM juga memerlukan dalam keadaan tertentu menghubungi individu pembayar cukai melalui email atau telefon bagi mendapatkan butiran dan maklumat lanjut bagi tujuan audit pencukaian.

Contohnya, saluran seperti komunikasi menerusi email berkenaan perpindahan fail cukai ke cawangan LHDNM yang terbaru juga akan disalurkan menerusi kaedah komunikasi secara email ini.

Tidak kurang juga, jika individu pembayar cukai baru sahaja berkahwin atau bercerai, taraf perkahwinan ini juga perlu dilaporkan bagi tujuan pengkelasan pemotongan cukai yang layak diberikan oleh individu.

Oleh yang demikian, bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B boleh digunakan bagi tujuan tersebut.

Manakala, bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan, secara on-line melalui e-Kemaskini atau melalui Borang Maklumbalas di laman portal rasmi hasil di www.hasil.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here