Pengkhianat ekonomi adalah pengkhianat rakyat – Muhammad

0
999
Muhammad Ibrahim, Pengarah SME Corp. Terengganu dalam Bicara Bajet Terengganu 2018

 ‘Saya tertarik dengan ucapan Yab Menteri Besar semasa penggulungan Bajet Terengganu 2018 yang lalu tentang pengkhianat kepada rakyat dari skop keusahawanan dan juga ekonomi’

‘Pengkianat yang dimaksudkan itu, saya merujuk kepada momokan atau tomahan yang dilemparkan tanpa menggunakan fakta yang sebenar  bahawa negara ini akan bankrup’

‘Secara tidak langsung akan menjauhkan pelabur-pelabur untuk datang membuat pelaburan didalam negeri Terengganu khasnya dan juga negara kita amnya’, kata  Muhammad Ibrahim, Pengarah SME Corp. Terengganu dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 petang ini.

Menurut beliau, tomahan seperti itu akan merugikan  rakyat negeri Terengganu khasnya kerana pelabur bimbang akan kestabilan politik dan juga ekonomi negara kerana telah digambarkan dengan pelbagai keburukan.

Katanya, apabilanya ianya terus diulang-ulang, siapakah yang rugi dan semestinya rakyat kerana peluang-peluang seperti pekerjaan, pendapatan dan sosio ekonomi rakyat terus ditekan.

‘Tomohan itu sama sekali tidak tepat dan fakta telah menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi negara adalah yang terbaik dalam asia ini dengan mencatatkan prestasi yang kukuh dengan mengatasi jangkaan pada kadar 6.2 peratus pada suku ketiga 2017 ini’

‘Banyak sangat bercakap tentang keburukan ekonomi sehinggakan  menggangu kestabilan ekonami dan ianya  sebagai titik kemusnahan ekonomi kerana tidak dapat menarik pelaburan dari luar negara secara langsung akan mengurangkan pendapatan negeri dan juga negara’, katanya.

Tambah Muhammad lagi, pengkhianatan yang dibuat oleh mereka-mereka inilah yang sebenarnya merugikan negeri, negara dan juga rakyat secara keseluruhannya dan ianya dianggap sebagai pengkianat kepada rakyat keseluruhan kerana mensabotaj ekonomi negara.

Selain dari itu Muhammad memuji langkah yang diambil oleh YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mana telah membuka ruang jaringan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, MB Razif yang telah membawa produk tradisional ke pasaran antarabagsa seperti Nasi Dagang sejuk beku dan juga keropok lekor  ke London turut membuka peluang jaringan perniagaan kepada usahawan tempatan melebarkan sayap ke pasaran global.

‘Ketika ini juga produk tradisional seperti ketupat palas juga telah menembusi pasaran antarabangsa terutama dalam pasaran Amerika Syarikat dan juga London sekaligus memberi peluang pendapatan yang berganda kepada usahawan tempatan’

‘Justeru itu, rebutlah peluang yang telah dilakukan oleh MB Razif ini untuk membuka jaringan pasaran antarabangsa kerana banyak lagi produk-produk tempatan yang mampu pergi lebih jauh lagi’, katanya. – https://terengganu.news

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here