Pendapatan purata isi rumah Malaysia meningkat

0
227

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan bahawa pendapatan purata isi rumah Malaysia berada dalam keadaan statik, seperti didakwa beberapa pihak.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, laporan penyiasatan pendapatan purata isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Negara telah menafikan dakwaan itu, dengan pendapatan isi rumah meningkat, tahun lalu.

“Laporan penyiasatan pendapatan isi rumah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan pendapatan isi rumah pada 2016 telah meningkat pada kadar 6. 2 peratus.

“Secara purata pendapatan isi rumah RM6,989 sebulan (2016) berbanding RM6,141 sebulan pada 2014. Jadi, tiada isi kadar pertubuhan pendapatan negara ini statik,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) yang menanyakan soalan, adakah benar pendapatan purata isu rumah Malaysia berada dalam keadaan statik dan berapa purata gaji di antara pekerja Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Menjawab soalan purata gaji, menurutnya, mengikut laporan gaji dan upah 2016, purata gaji dan upah di Semenanjung adalah RM 2,579 sebulan manakala di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, purata gaji dan upah adalah RM1,731.

Ismail berkata, kerajaan tidak boleh memaksa para majikan untuk menaikkan gaji pekerja kerana kerajaan perlu mengambil kira kemampuan syarikat, sama ada untuk menaikkan gaji atau tidak.

“Kita ada konsep Tripartit, iaitu persetujuan majikan, pekerja dan kerajaan dalam penentuan penetapan gaji. Dalam menentukan gaji di Malaysia, kita menggunakan dua kriteria dalam menentukan asas ini.

“Asas pertama adalah garis kemiskinan yang menentukan keperluan asas pekerja dan keluarganya dan yang kedua, penengah gaji iatu merujuk kepada kemampuan majikan untuk membayar gaji.

“Kriteria inilah kita buat supaya kita nampak adil dan kita tidak membebankan mana-mana pihak, termasuk majikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here