Pemuda Pakatan tawar siaran EPL percuma jika menang PRU14

0
349

PEMUDA Pakatan Harapan (PH) menggoda anak muda untuk mengundi mereka dengan menjanjikan perlawanan bola sepak percuma Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebagai peminat tegar pasukan Liverpool, beliau mahu jutaan peminatnya di negara ini turut merasai kemeriahan liga sukan terulung dunia itu.

“Sebagai peminat pasukan Liverpool saya mahu semua orang menyaksikan kehebatan pasukan ini.

“Hak penyiaran liga sukan utama haruslah dibuka kepada semua. Takkan hanya nak tunggu Astro sahaja,” kata beliau dalam ucapan penutup Konvensyen Pemuda Pakatan Rakyat hari ini.

Wakil Pemuda Amanah, Zubair Rahim yang memberi penerangan dasar itu turut menekankan nilai kekeluargaan yang dapat dipupuk dengan dasar itu.

“Kerana lebih ramai akan dapat tengok bola sepak antarabangsa, mereka akan lebih banyak duduk di rumah menghabiskan masa bersama keluarga,” kata beliau disambut tepukan gemuruh lebih 400 perwakilan Pemuda empat parti komponen Pakatan Harapan.

Itu merupakan antara sepuluh dasar teras manifesto pilihan raya Pemuda PH yang dinamakan “Tawaran Pemuda Pakatan Harapan” sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) yang bakal berlangsung tahun ini.

Sumber: The Malaysian Insight

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here