Pemuda Maut Nahas RXZ Rempuh Iswara Di Paloh ( 4 Gambor)

0
40892

20161110_220419

Seorang lelaki berusia 19  tahun maut dalam kemalangan membabitkan Yamaha RXZ dengan  Proton Iswara di Kampung Paloh Kuala Terengganu.

Kejadian jam 8:55 malam berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari kampung Pulau Rusa menghala ke Kampung Durian Burung .

Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa gagal mengelak proton Iswara yang   membuat pusingan U sebelum merempuh pintu kiri penumpang hadapan.

Polis tiba di lokasi kes 15 minit kemudian bagi membuat siasatan.

20161110_215322

Mangsa Mohd Zulhelmi Abdullah dari Kampung Paloh, pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu meninggal dunia di tempat kejadian akibat  kecederaan parah di bahagian kepala.

Manakala pemandu proton Iswara  berusia 65 tahun dan penumpang cedera ringan. – Terengganu Times

20161110_221036

20161110_221746

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here