Peminjam PTPTN wajar rebut peluang disediakan Bajet 2018

0
346

KUALA LUMPUR: Kelonggaran dan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2018, membuktikan Perdana Menteri memahami kemahuan peminjamnya.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Bajet 2018 adalah pembentangan belanjawan terbaik oleh Datuk Seri Najib Razak kerana memenuhi keperluan semua pihak.

Beliau berkata, rangkuman keseluruhan bajet kali ini cukup jelas dan apa yang diberikan itu lebih menjurus kepada keperluan negara bersedia menyediakan platform terbaik menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

“Sudah tentu saya gembira dan tolak pandangan negatif terutamanya mengenai PTPTN. Jangan dipolitikkan kerana ia memberikan kemudahan pinjaman kepada semua 2.7 juta pelajar.

“Bajet 2018 ternyata banyak memberikan perkara gembira kepada peminjam PTPTN dan potongan yang diberikan cukup tinggi. Saya yakin dengan potongan sebegini, kutipan balik PTPTN akan dapat dicapai dua kali ganda.

“Pemanjangan tempoh bayaran balik juga satu langkah tepat kerana memahami keperluan peminjam yang baru memulakan kerjaya selain berdepan dengan faktor lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong, berkata sektor pendidikan jelas menjadi keutamaan kerajaan dalam menjadikan Malaysia menjadi negara maju dengan rakyat yang berpendidikan tinggi.-Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here