Pemandu traktor mesin rumput ditahan

0
972

POLIS menahan pemandu traktor mesin rumput yang terbabit dalam kejadian pelajar perempuan maut akibat terkena bilah pisau mesin itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan tidak lama selepas kejadian itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia lokasi akibat apabila kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah pisau mesin berkenaan yang melayang.

Dua rakannya pula,Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera ringan masing-masing pada telinga dan belakang kepala.

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan Lima yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku ketika ramai pelajar sekolah itu menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah yang akan berlangsung esok.

“Ketika itu ramai pelajar sedang berlatih berkawad mengikut rumah sukan masing-masing di padang dan keadaan tiba-tiba menjadi kecoh selepas beberapa pelajar rebah akibat terkena bilah pisau mesin rumput yang melayang itu.

“Saya difahamkan, berikutan kejadian itu, hari sukan yang dijadualkan esok dibatalkan,” katanya ketika ditemui di Tampin, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here