Pemandu nyaris maut dada tertusuk besi keluli (4 Gambar)

0
997

WUHAN – Seorang lelaki nyaris maut setelah ditusuk dengan besi keluli yang menembusi dada hanya satu sentimeter dari jantungnya selepas terlibat dalam kemalangan.

Pemandu, Song, 32, dilaporkan merempuh bahagian belakang sebuah lori menyebabkan 6 besi keluli terbang menembusi cermin depan keretanya.

Lima dari besi keluli itu tembus ke bahagian tempat duduk mangsa manakala sebatang lagi menembusi dadanya yang hampir mengenai jantung.

Seorang lagi mangsa, Hu, yang duduk di bahagian penumpang belakang juga ditusuk dengan besi keluli itu di bahagian bahu kanan.

Pihak bomba terpaksa memecahkan tingkap kereta mangsa bagi memotong besi keluli tersebut sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut pada jam 4 pagi.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here