PELIK Tapi BENAR : Lokman selesa pakai kasut terbalik ketika bermain

0
669
Mohd Lokman Hakim Yusof, apit kiri pasukan GASTEP selesa menimbang bola dengan pemakaian kasut secara terbalik.

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Mungkin ramai yang tidak perasan ada seorang apit kiri paling pelik dalam edisi ke 8 Kejohanan Sepak Takraw Utusan kali ini.

 

Mohd Lokman Hakim Yusof

Dia ialah Mohd. Lokman Hakim Yusuf (gambar) yang bermain untuk pasukan Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (Gastep) dari Terengganu.

Peliknya ialah pemain muda ini bermain dengan memakai kasut secara terbalik iaitu kasut sebelah kanan dipakai di kaki kiri dan begitulah sebaliknya.

Ketika ditanya kenapa memakai kasut seperti itu, ini jawapan Lokman yang tebal pelat Terengganunya.

“Tak ada apa rahsia pun. Saya cuma mencuba sahaja sejak dua tahun yang lalu. Pada mulanya memang suka-suka sahaja tetapi lama kelamaan serasi dengan saya.

“Cara ini banyak membantu saya bermain dengan lebih baik dan saya akan mengekalkan cara ini,” katanya.

Beliau juga turut membantu pasukannya GASTEP B muncul JUARA dalam kategori terbuka dengan menewaskan Putera Darat F apabila mencatat kemenangan 21-11, 18-21, 21-4 ke atas regu yang diisi oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dianggap giant killer dalam kejohanan kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here