Pelakon ‘KL Gangster’ ditahan polis akibat dadah

0
661

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon filem ‘KL Gangster’ ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, malam tadi.

Pelakon itu yang berusia 48 tahun itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 11 malam.

Terdahulu, suspek yang juga berlakon dalam filem ‘Man Laksa’ itu dikatakan hadir ke balai polis berkenaan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan yang dibuat ke atasnya.

Pelakon lelaki itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.

Dia disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here