#Pau2017 : Ucapan Amanat Presiden UMNO

0
82

KUALA LUMPUR -Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mahu semua ahli UMNO kembali kepada asas perjuangan dan mengetepikan segala titik bengek yang tidak menguntungkan parti.

Najib juga mengingatkan semua ahli Umno menghentikan pertelingkahan sesama sendiri.

“Semua pihak harus berjiwa besar untuk berhadapan dengan pilihan raya yang akan menentukan nasib agama, bangsa dan tanah air,” kata Najib ketika menyampaikan amanat pada Majlis Taklimat Presiden yang dijalankan secara tertutup di Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.

Lupakan seketika pemilihan parti tahun hadapan sebaliknya tumpukan sepenuh tenaga dan usaha kepada PRU14 untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN.
Itu  antara amanat penting oleh Presiden UMNO, Najib Razak ketika menyampaikan Amanah Presiden sempena PAU 2017 di PWTC.

Najib juga meminta pemimpin UMNO setiap Bahagian supaya menguatkan barisan kepimpinan dan menghindari pergaduhan sesama sendiri.

Dalam perjumpaan tertutup itu, Najib turut menyakinkan ketua-ketua bahagian seluruh negara bahawa kelembapan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit adalah bersifat sementara.

PAU2017 bermula 5 hingga 9 Dis merupakan medan terakhir untuk pemimpin UMNO berhimpun sebelum PRU14 yang dijangka diadakan Mac tahun depan.

#PAU2017 #NajibRazak

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here