PAU2017: PICOMS tawar pemeriksaan kesihatan percuma

0
95

Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada perwakilan, pemerhati dan semua yang datang sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di PWTC sehingga Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PICOMS Datuk Dr Mohd Zubir Sheikh Saad berkata, pihaknya telah membina mini hospital sebagai persediaan jika berlaku kecemasan sepanjang PAU2017 berlangsung.

‘PICOMS menyediakan mini hospital di tingkat empat yang mempunyai lapan unit katil sementara di tingkat dua ada empat unit katil yang beroperasi sebanyak dua syif iaitu jam 7 pagi hingga 3 petang dan jam 3 petang sehingga 10 malam.

‘Selain itu kami turut mewujudkan unit mobile seramai 16 orang di setiap tingkat di PWTC’.

‘Secara keseluruhan seramai 160 kakitangan PICOMS terlibat dalam PAU2017 yang terdiri daripada doktor perubatan dan pelajar kolej PICOMS yang menyediakan rawatan seperti pemeriksaan tekanan darah, tekanan paras gula dalam darah dan sebagainya’ katanya ketika ditemui di Mini Hospital PICOMS PWTC kelmarin.

Bagi kes pesakit yang serius atau memerlukan rawatan lengkap akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang.

Tambahnya walaupun ini adalah kali pertama PICOMS menyertai PAU, pihaknya akan berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan bersedia untuk sertai PAU untuk tahun-tahun yang akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here