‘Pas tiada sumbangan kepada Melayu, Islam’ – Tun Mahathir

0
537

SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, rekod Pas tidak menujukan apa-apa sumbangan parti itu kepada orang Melayu dan agama Islam.

Menjelaskan perkara itu, Mahathir berkata, tidak ada sesiapa yang boleh nafikan bahawa sebelum ada Pas orang Melayu yang semuanya beragama Islam tidak berpecah dan berpuak-puak kerana tidak ada kelainan fahaman Islam antara mereka.

“Hanya apabila Pas ditubuh maka orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Ini adalah kerana dakwaan Pas kononnya orang Umno kafir.

“Demikian kesan daripada dakwaan ini sehingga bukan sahaja orang Melayu berpecah dua tetapi ramai orang Pas begitu percaya kepada dakwaan Pas sehingga ada yang mengkafirkan ibu bapa mereka dan mendakwa perkahwinan mereka tidak sah,” dakwanya yang dipetik menerusi catatan diblognya, Chedet.

Dakwanya lagi, dakwaan bahawa orang bukan Pas tidak Islam masih dipercayai.

“Di Terengganu sembahyang dua imam dan sembahyang di masjid berasingan masih berlaku,” dakwanya.

Dakwa Mahathir lagi, perpecahan politik telah dijadikan perpecahan agama antara orang Melayu Islam Malaysia.

“Sebahagian besar orang Islam di Malaysia masih dianggap sebagai kafir oleh fanatik Pas,” dakwanya.

Justeru, Mahathir mendakwa untuk mengekalkan perpecahan orang Islam di Malaysia, Pas memaksa ramai ahlinya berbaiah kepada pemimpin dan parti.

“Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran agama. Islam menuntut supaya semua orang Islam bersaudara,” katanya. – SINAR HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here