Pas terdesak raih sokongan?

0
247

Parti Pas kini terpaksa melakukan apa sahaja untuk menarik sokongan terhadap parti itu termasuk cuba bersama penyokong bola sepak dan membawa bendera ketika perlawanan Terengganu dan Selangor malam tadi.

Netizen yang kurang senang dengan tingkah laku terdesak Pas telah mengecam sambil menyifatkan ia sebagai sandiwara politik murahan.

Berpura-pura minat bola antara strategi terbaru Pas untuk bersama masyarakat terutamanya orang muda walaupun sebelum ini langsung tiada kelibat mereka di stadium.

Rakyat sudah boleh menilai dan menganggap tindakan itu adalah tanda-tanda hampir musim mengundi dan disebabkan itu mereka sanggup memaksa diri hadir ke stadium yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Menjelang PRU barulah puak-puak ini akan muncul menagih simpati dan selepas itu akan hilang dengan akan kembali semula selepas lima tahun lagi seperti kebiasaan.

Ramai yang tertanya-tanya terdesak sangatkah Pas hingga sanggup mempolitikkan sukan bola Terengganu?

Pas juga sebelum ini pernah mengatakan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) supaya jangan ada unsur politik dalam pasukan mahupun pentadbiran tetapi mereka sekarang cuba memasukan elemen politik dalam sukan kegemaran ramai itu.

Pas sudah jadi pasrti U-turn jika dahulu haram tetapi kini sudah menjadi halal asalkan ia memberi manfaat kepada mereka.

Pas tidak perlu susah-susah mencampuri urusan sukan bola kerana PBSNT kini sudah berwajah baru di bawah transformasi yang dibawah Presiden Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Menteri Besar Terengganu.

Penyokong setia Hitam Putih cukup berpuas hati dengan penambahbaikan yang dibuat ke atas pasukan Terengganu Football Club (TFC) merangkumi penjenamaan semula nama dan logo yang dilakukan pada awal bulan lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here