27 C
Kuala Terengganu
Monday, 26 February 2018
Home Politik Pas Kelantan akan pecat penghulu sokong PAN

Pas Kelantan akan pecat penghulu sokong PAN

0
774
Sebahagian daripada 821 penghulu yang melafaz ikrar di Majlis Pelantikan Penghulu 2018 di Hotel Grandriverview di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE/ASMA HANIM MAHMOOD

KOTA BHARU 7 Feb. – Penghulu yang dilantik perlu menjadi hulubalang untuk mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan dan bukannya membuat onar untuk menjatuhkan parti.

 Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk memecat mana-mana penghulu yang melakukan sesuatu yang bertentangan dasar kerajaan.

Beliau berkata, penghulu yang berasa tidak puas hati dengan kerajaan dan menyokong pihak lain seperti PAN perlulah meletak jawatan.

“Kita bukan nak suruh ‘bergocoh’ tapi penghulu perlu mempertahankan kerajaan dengan apa cara sekalipun berbekalkan ilmu dan maklumat.

“Siapa ‘beronar’ maka siaplah, dalam sejarah saya memang terkenal sebagai tukang pecat orang, pecat orang-orang yang tidak boleh pakai kerja.

“Ini bukan amaran tapi kita perlu faham tujuan kita, jangan kita khianati amanah yang diberikan tetapi kita hendaklah bekerja memastikan dasar kerajaan berjaya,” katanya semasa berucap di Majlis Pelantikan Penghulu 2018 di Hotel Grandriverview di sini hari ini.

Sebanyak 821 penghulu termasuk penghulu wanita, bukan Islam dan Orang Asli mengangkat ikrar pada majlis itu. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here