Pan Terengganu tidak setuju Razali jadi ketua Pengarah PRU14 pembangkang

0
626

Ketika pembahagian kerusi parlimenĀ  Pakatan Harapan (PH) menjadi isu dan ketidakpuashatian parti pembangkang kini pemerhati politik menanti pengagihan kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Terengganu.

Walaupun belum dimuktamadkan, sudah kedengaran cakap-cakap dalaman PH Terengganu mahu jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya akan diberikan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu Datuk Razali Idris.

Cadangan ini jelas ditentang oleh Parti Amanah Negara (Pan) yang menganggap keputusan berkenaan tidak masuk akal kerana PPBM masih baru dan tidak tahu selok belok politik di negeri ini.

Ramai yang menyedari Razali masih belum layak memegang jawatan penting kerana beliau masih mentah dalam politik malahan pernah tewas dalam PRU sebelum ini ketika mewakili Barisan Nasional (BN).

Bagi mereka selaku Pengerusi PH negeri sepatutnya jawatan itu perlu diserahkan kepada Pan dan jawatan kanan lain harus ditentukan oleh mereka sama ada mahu diberikan kepada PKR atau PPBM.

Bagi pemerhati politik, isu ini kemungkinan besar akan memberi kesan buruk kepada PH Terengganu yang berdepan cabaran sukar untuk melawan BN dan Gasasan Sejahtera yang dianggotai oleh Pas.

Pan yang pertama kali menyertai pilihan raya selepas pimpinan mereka keluar beramai-ramai daripada Pas juga tidak mempunyai jentera lengkap untuk berkempen dan hanya mengharapkan bekas ahli Pas untuk menyokong mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here