PAN Terengganu Bakal Calon MB?

0
270

Ketika parti Pas Terengganu kelihatan lesu dan tidak bermaya menjelag PRU14, Parti Amanah Negara (PAN) yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) negeri ini kelihatan bakal menjadi calon utama yang dilantik sebagai Menteri Besar yang baru jika PH mampu menawan Terengganu.

Di antara tiga parti utama PH, Pengerusi PAN Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Terengganu sekaligus meletakkan parti itu sebagai wakil terdekat untuk menjadi pemimpin utama berbanding dua lagi wakil parti iaitu PKR dan PPBM.

Selaku parti dominan, PAN Terengganu sudah pasti akan meletakkan seberapa ramai calon di kerusi DUN atau Parlimen ekoran pemusuhan dengan Pas dan mahu parti itu tewas teruk pada PRU akan datang.

Bagi PKR dan PPBM pula hanya menyasarkan kerusi tertentu sahaja kerana mereka sedar tidak mampu menandingi kekuatan dan pengaruh parti lawan khusunya Barisan Nasional (BN).

PAN bukan sahaja bercita-cita merebut jawatan MB tetapi juga berhasrat merampas kerusi yang dimenangi oleh Pas yang juga musuh ketat mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here