Pulau Pinang perlu teliti projek pembangunan elak bencana

0
88

TASEK GELUGOR – Kerajaan Pulau Pinang diingatkan agar membuat peneilitian dalam meluluskan projek pembangunan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk akibat bencana alam seperti banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebarang keputusan untuk meluluskan projek pembangunan itu juga mesti mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Sebarang projek pembangunan yang mahu dilakukan itu mesti ikut peraturan kerana jangan sama sekali menjejaskan alam sekitar dan boleh menyebabkan akan berlaku keadaan yang lebih buruk lagi.

“Kerajaan persekutuan akan berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang selepas ini untuk melihat perkara ini kerana yang lebih penting untuk kita utamakan adalah keselamatan dan kebajikan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Agama Rakyat Ar Ridwan di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here