Operator kilang maut motosikal terlanggar lubang jalan (7 Gambar)

0
1236

PENUNGGANG motosikal maut selepas kenderaan ditunggangnya terlanggar lubang di tepi jalan raya di Jalan Telok Gong, Klang hari ini.

Dalam kejadian 6.20 pagi itu, P Serojah, 47, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menetap di Bandar Botanik dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Telok Gong kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika dalam perjalanan itu motosikal mangsa termasuk dalam lubang yang berada di tepi bahu jalan raya menyebabkan mangsa terjatuh.

“Siasatan mendapati mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian hadapan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here