Misi hari pertama Sukarelawan TTB berjaya dilaksanakan- Rozi Mamat

0
291

Pulau Pinang – Dua ratus Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) telah berjaya melaksanakan misi pasca banjir di empat buah kampung di Permatang Pauh sebelah pagi.

Pada sebelah petang pula, SSTTB menabur bakti membersih Sekolah Menengah Agama Al-Ahmadi Al-ijtimaiah Jalan Padang Lalang,Bukit Mertajam yang mana dinaiki air setinggi 0.7 meter 3 hari lalu.

Turut bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu YB Dato’ Haji Rozi Mamat merangkap Pengerusi SSTTB negeri.

Rozi berkesempatan bersama-sama sukarelawan membersih surau di dalam sekolah berkenaan bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh Abu Bakar Sidekh.

Menurut Rozi, 200 sukarelawan ini telah berjaya melaksanakan operasi pembersihan di beberapa kampung yang terjejas akibat bencana banjir beberapa hari lalu .

Katanya , misi ini akan diteruskan esok pagi di Kampung Nibong , Simpang 3 sebelum semua skuad sukarelawan pulang ke Terengganu pada sebelah petangnya.

‘Saya melihat semangat mereka untuk membantu mangsa banjir amat kuat sehingga lewat petang mereka masih membersihkan kesan-kesan banjir’

‘Saya sebagai pengerusi SSTTB negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka semua kerana membantu sehingga lewat petang membersih sekolah ini tanpa menghiraukan makan dan minum yang disediakan urusetia’, ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here