MENGAPA PAS SERANG SEBERANG TAKIR?

0
1877

MENGAPA PAS SERANG SEBERANG TAKIR?

DUN Seberang Takir menjadi target pembangkang negeri Terengganu terutamanya dari parti Pas dimana mereka sudah lama mencuba untuk mendapat kerusi kawasan tersebut.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir umum sedia maklum  bahawa kawasan itu telah dimenangi oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kini Menteri Besar Terengganu yang mana kerusi itu belum pernah tewas walaupun tsunami politik berlaku di Terengganu pada 1999 dahulu.

Ahmad Razif menjadi adun kawasan itu bermula pilihanraya ke 12 sehingga kini yang mana telah mendapat kepercayaan warga dun Seberang Takir dan kini dengan majoriti 2,340 dan PRU ke 13 dengan majoriti 1,510 menewaskan calon Pas Zakaria Dagang dan calon PKR.

KENAPA PAS SANGAT BERMINAT DENGAN SEBERANG TAKIR KHASNYA?

Ironinya kalau dilihat sesiapa sahaja yang memegang kepala perang UMNO dan Barisan Nasional (BN), mereka ini akan diserang oleh semua musuh-musuh politik. Lagi tinggin kedudukan dalam parti lagi kuat serangan yang berlaku keatas jeneral perang politik.

Kita boleh lihat,  Presiden UMNO dan BN pusat diserang bertubi-tubi oleh pembangkan seperti DAP, PKR, AMANAH, PPBM dan juga PAS.

Begitupun bagi negeri Terengganu yang diketuai oleh Ahmad Razif, serangan yang sama datangnya dari kelima-lima parti pembangkang yang ada kerana mereka tahu akan kekuatan UMNO BN di Terengganu ini kuat pada dasarnya dan bukan calang-calang parti untuk ditumbangka dalam pilihanraya.

Ketika ini, Pas yang menguasai pembangkang Terengganu telah membuat persiapan mereka untuk menyerang UMNO BN disemua kawasan yang mereka kalah dan dalam tempoh tidak sampai enam bulan ini, sudah dua program besar berlaku dalam kawasan Dun Seberang Takir dimana mereka turut akan menganjurkan program besar  yang terkini  Fastaqim peringkat Dun Seberang Takir bakal diadakan hujung bulan februari nanti.

Dalam edah satu tahun menjelang pilihanraya umum ke 14 ini pelbagai serangan yang dilakukan pembangkang terumata kawasan Ahmad Razif dimana kebiasaannya cara dan strateginya musuh akan menyerang nakhoda perang pihak lawan.

Itulah yang berlaku kepada Ahmad Razif ketika ini yang mengetuai peperangan politik UMNO BN bagi negeri Terengganu dimana peperangan itu semestinya akan berpihak kepada BN apabila Pas yang mencubanya buat kali yang ke 14 nanti.

Teorinya sangat mudah  “dalam peperangan, musuh akan membuat serangan kepada jeneral perang musuh mereka kerana ianya akan menjatuhkan moral anak-anak buah atau bala tentera mereka untuk terus berperang dan tiada lagi arahan dari seorang ketua atau jeneral perang”

Fastaqim Dun Seberang Takir kali ini juga bakal ketuai oleh Zakaria Dagang yang mana merupakan calon Pas 3 PRU lalu iaitu pada PRU ke 11, 12 dan 13 yang mana merekodkan “HATRIK” kekalahan kepada calon BN dan kini beliau sendiri menggerakan jenteranya untuk bertanding lagi.

Pas Seberang Takir khasnya dan Terengganu amnya sememang tiada calon berwibawa untuk melawan Ahmad Razif di Dun Seberang Takir kerana selagi Zakaria hidup ianya tetap akan digunakan sebagai colan Pas kain buruk.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here