Mell Sakura Band masuk Islam kerana dorongan ibu

0
458

ALHAMDULILLAH… Vokalis kumpulan Sakura Band, Mell mengesahkan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menerusi satu posting di laman Instagram, Mell atau nama sebenar Melly Matius, memuat naik swafoto dia menggayakan tudung berwarna merah jambu.

“Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku,” tulisnya menerusi akaun @mellsakura.

Sementara itu, Mell ketika dihubungi mStar Online berkata, dia mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah mendapat sokongan ibunya, Nur Batrisyah, 46.

“Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

“Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.

“Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya,” katanya.

Bagaimanapun, Mell yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, tidak mahu mengulas lanjut mengenai penghijrahannya ini kerana perlu menjaga hati beberapa pihak.

Tambahan pula, isu agama agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di negara ini.

Semoga Mell istiqamah dalam penghijrahan dan menjadi seorang muslimah sejati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here