MBKT mulakan kerja-kerja pemangkasan pokok di Jalan Mengabang Lekar

0
285

Batu Rakit : MAJLIS Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Setiu dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja pemangkasan (cantasan) pokok-pokok disekitar laluan Kampung Mengabang Lekar disini.

Menurut Mohd. Zulkiflie Abu Bakar Datuk Bandar Kuala Terengganu, beliau meminta orang ramai berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut dan JKR telah menyediakan satu jalan altenatif (lencongan) bagi melancarkan kerja-kerja berkaitan.

“Pagi ini kerja-kerja mencantas pokok telah dijalankan dan diharapkan dapat diselesaikan secepat yang mungkin bagi memastikan keselamatan pengguna jalan dikawasan ini selamat’

“Kita memerlukan kerjasama daripada orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui jalan ini dan juga telah menyediakan laluan lencongan semasa cantasan pokok dilakukan’

“Kita juga mahu memastikan laluan ini bebas daripada jatuhan dahan-dahan pokok kawasan ini”, katanya kepada pemberita semasa meninjau proses pencantasan pokok disini.

Sehubungan dengan itu, Zulkiflie menjangkakan proses cantasan itu akan mengambil masa selama sebulan kerana banyak pokok perlu diberi perhatian dan turut akan menambah bilangan pekerja bagi memastikan kelancaran dan cepat dari masa ke semasa.

Katanya, anggota yang terlibat hari ini lebih kurang lima puluh orang dan akan ditambah dari masa ke semasa bergantung keadaan dan keperluan kerja.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here