MB Razif ziarah keluarga Allahyarham Budaq

0
582

Kuala Terengganu – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Fakharurazi Shafie,45 atau lebih dikenali sebagai Budaq malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia pagi semalam akibat sesak nafas dalam satu kebakaran di rumah  beliau pada jam lebih kurang 8.30 pagi semalam.

Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak serta satu berusia tiga bulan didalam kandungan balunya.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu menziarahi keluarga mangsa semalam dan menyampaikan salam takziah bagi kepimpinan UMNO negeri dan juga kerajaan BN Terengganu dirumah kediaman ibu allahyarham di Kampung Kuala Ibai.

‘Kita merasa memang amat terkejut dengan apa yang berlaku dan kita berharap terutama isteri, anak-anak dan keluarga Allahyarham dapat bersabar menghadapi tragedi ini’

‘Kita tahu bukan senang hendak menghadapinya dalam keadaan ini, dalam keadaan kita bergurau senda sebelumnya tiba-tiba dikejutkan dengan berita ini’

‘Allahyarham ini adalah merupakan antara yang banyak membantu dalam UMNO,beliau adalah merupakan antara rakan media yang sentiasa seni mempertahankan dan sentiasa memberikan info dan maklumat tentang perjalanan parti dan sebagainya,’ katanya kepada media sejurus menziarahi keluarga Allahyarham.

Tengku Mastura Tengku Ahmad (kanan), To’ Puan Halina Zakaria (tengah) dan bonda Allahyarham

Sehubungan dengan itu MB Razif dan kerajaan negeri Terengganu akan membantu keluarga Allahyarham termasuklah membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak sehingga keperingkat tertinggi.

‘InsyaAllah kita akan pastikan bawa anak-anak Allahyarham ini akan terbela dan kita akan membantu sehingga mereka mendapat belajar ke peringkat yang tertinggi’

‘..dan akhirnya dapat menjamin kehidupan mereka pada masa akan datang dan saya telah meminta pihak Yayasan Terengganu mengambil tindakan segera memberi bantuan segera serta melihat bantuan-bantuan yang boleh disalurkan untuk pendidikan anak-anak Allahyarham ini’, ujarnya.

 

MB Razif melihat gambar keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi Shafie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here