MB Razif Rasmi ADAE Teluk Kalong

0
2772

KEMAMAN –  Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini merasmikan kilang Alam Dingin Air Conditioning Engineering Sdn Bhd.(ADAE).

Katanya , ini adalah satu cerita kejayaan buat usahawan bumiputera di Terengganu dengan mempunyai lebih 150 kakitangan dan 75 peratus  adalah rakyat Terengganu.

“Harapan kerajaan negeri agar syarikat ini dapat sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggan.

“Bagi memudahkan segala operasi kawasan perindustrian ini, pihak kerajaan telah menyediakan jariangan jalan raya yang baik , termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) dan jalan dua lorong Paka – Chukai.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Kilang Syarikat berkenaan di Teluk Kalong.

Kilang yang terletak dikawasan Perindustrian Teluk Kalong itu telah beroperasi sejak tahun 2000 dan merupakan syarikat yang mempunyai lesen Petronas dalam bidang  pengilangan dan penyelenggaraan sistem pengudaraan  dan hawa dingin ( HVAC ) untuk industri  petrokimia , minyak dan gas.

Turut hadir adalah Pengerusi Alam Dingin Air Conditioning Engineering Sdn Bhd , Datuk Ishak Sulaiman, Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera dan Pegawai Khas ( Belia ) kepada Menteri Besar  Terengganu , Johari  Abu Bakar.

Selain dari itu, menurut Pengerusi ADAE Dato’ Ishak Sulaimai, beliau percaya dengan kerjasama yang berterusan dari pelbagai pihak akan terus maju dan mencapai produk serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi di Malaysia dan juga di luar negara.

Syarikat beliau juga mempunyai moto dan visi yang cukup memberi kesan  pekerja dan juga masyarakat setempat “Kemajuan Kami, Kebajikan Masyarakat” yang mana turut memberi sumbangan kepada beberapa persatuan kebajikan dan sekolah hari ini.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here