Mayat pelajar lemas di paya biru ditemui

0
471

REMAJA lelaki yang hilang ketika mandi, semalam, ditemui lemas dalam paya di Felda Paya Biru Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, hari ini.

Baca: Remaja hilang dipercayai lemas di paya biru Felda Lok Heng

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, berkata, mayat Muhammad Faez Salahuddin, 16, yang juga pelajar SMK Johor Jaya 2, ditemui pada 1.45 pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa mula dilakukan pada kira-kira 4 petang semalam.

“Mangsa dikatakan bersama tujuh rakan mandi di Paya Biru Felda Lok Heng Selatan.

“Tiba-tiba mangsa hilang dan dipercayai lemas,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, lima anggota Balai Polis Bandar Penawar bersama tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar melakukan usaha SAR.

“Turut membantu enam anggota dari unit penyelam bomba. Ketika kejadian, paya dalam daripada kebisaan dan arus agak deras akibat hujan lebat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here