Mawar Rashid, Raf Yaakob selamat bergelar suami isteri

0
877

Pelakon drama Suamiku Paling Sweet iaitu Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob dengan sekali lafaz pada Khamis.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada pukul 3.20 petang.

Mawar, 22, dan Raden atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob, 32, dinikahkan oleh Iman Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Pada upacara itu juga Raf menyerahkan RM900 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala dibalas tujuh oleh pihak lelaki.

Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu itu memperlihatkan pasangan mempelai tampil dengan tema Jawa.

Sementara itu, pasangan itu ketika ditemui memberitahu lega majlis pernikahan mereka selesai dengan baik dan berdoa agar perkahwinan mereka akan kekal buat selama-lamanya.

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan ia hari paling bahagia buat kami berdua.

“Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf iaitu Datuk Yaakob Mohammad.

Raf yang juga adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob terlebih dahulu menghantar rombongan merisik pada bulan Mei.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here